Friday 27 July 2012

Kotak hati

Apa yg tejadi seperti mimpi ngeri yang xmungkin ada yg sanggup jalani kehidupan akan dtg selepas bemimpi seperti itu...aku bkn manusia yg kuat...dari segi apa pun aku xberapa kuat temasuk iman aku...awk...kalau awk rasa awk bagus sgt saya minta maaf kerana xphm kebagusan awk itu...awk bkn org asing dalam hidup saya....saya kenal awk sudah cukup lama...tapi saya masih tak dpt nk mengerti kenapa hati awk sebegitu...kita mmg selalu sangat begini...awk terlalu hebat utk menikmati kehidupan sebegini...kalau saya sehebat awk saya pasti shdah tenang sekarang ni awk...

Tuesday 17 July 2012

Alhamdulillah ya Allah

Aku bangun di waktu pagi
Langit di waktu Subuh
Menenangkan hatiku
Semakin tenang
Apabila aku masih lagi memilikki dirimu
Dan semakin bahagia
Apabila aku terjaga dari tidurku
Aku masih lagi berada di dalam hatimu
Alhamdulillah
Terima kasih ya Allah
Kerana Engkau memahami hambaMu
Kau memberikan kami cinta
Akan aku menjaga sebaiknya

p/s love : Cinta tidak salah. Yang salah adalah manusia yang selalu merosakkan cinta yang suci itu.




Monday 16 July 2012

Aku ini siapa ye?

Apa lagi yg xcukup buat manusia seperti awak?

awak minta setia
saya bg..
sbb saya minat awak sorg je...

awak minta saya bertanggungjwab
saya jd seperti awk nak...
sbb saya suke awak sorg je..

awak minta saya jujur dan baik
saya cuba dan terus cuba menjadi manusia paling jujur.
tapi awak masih ada x pecaya
ytp xmengapa tu hak invidu la
tapi jgn la melampau sgt menghukum saya bila awk xpecaye ...
sbb saya cinta awak sorg je...

kalo awak boleh kate kite de jodoh kn...
sbb nk clash pn susa...de je yg buat kita terus besama...
knp awk xleh susa2kn diri dgn menjaga dan manjakn saya...
knp nk lpas kn saya lagi..
apa lagi salah saya awk?

Friday 13 July 2012

Apa salah hamba sepertiku

hidup ku selalu di pijak-pijak oleh kekaseh sendiri...da terlalu lame aku bersabar tapi diriku masih xreti serek..kadang2 aku jadi hairan dgn hati sendiri ...adakah hati ini da buta...rela d pijak2 d hina d caci maki oleh seorg kekaseh yang da lame aku miliki...tp aku maseh xdapat kehormatan dari nye...penat suda aku melayan karenah mu..lelah suda aku besabar dgn sikap mu...sakit suda hati ku kerna mu cinta...boleh x aku minta sedikit penghargaan darimu dan sedikit hormat sbg seorang lelaki yg menjadi kekaseh mu...salah apa lagi aku sampai kau terlalu berdendam pada ku bila aku terbuat sedikit kesilapan...


"kepada cintaku yang telahku pijak-pijak, hina-hina dan mencaci maki dirimu,
maafkan aku kerana melakukan dirimu sedemikian rupa.
aku melihat dirimu tidak bahagia denganku.
selepas menyatakan bahawa engkau telah bosan denganku,
aku bagaikan disentap.
aku terus terdiam.
untuk berpisah pula tidakku rela.
jadi aku menghina dirimu supaya kesakitan perpisahan tidak terlalu aku rasai.
aku kasihankan dirimu yang merayu aku supaya bersama kembali.
dan aku terfikir.
bila engkau telah kehilangan segalanya baru kau hendak bersamaku.
jika engkau dikelilingi orang-orang yang menyayangimu,
aku tidak lagi berada di dalam hatimu.
engkau berkata bahawa engkau tidak lagi menyintaiku.
tidak lagi menyayangiku.
dan aku adalah insan yang hina lagi jijik untuk dirimu.
setiap kata-kata penghinaanmu untukku secara tidak sengaja telah aku simpan di dalam hati.
bukan aku berdendam.
lama-kelamaan aku menjadi tidak tahan.
dan apabila engkau berkata bosan.
aku telah melepaskan rasa amarahku.
mungkin ego aku telah kembali.
mungkin.
tapi maafkanlah aku.
aku menyintaimu.
tetapi aku takut untuk menerimamu lagi.
takut disakiti lagi.
engkau tahu.
aku tidak takut mati tapi aku cuma takut akan rasa sakit.







Pertemuan Sepi

Aku melihat keretanya dipandu laju. Hanya beberapa saat sahaja kenderaan itu hilang dari pandangan. Aku sebak. Adakah ini pertemuan kami yang terakhir? Aku terlalu menginginkan dia. Sepanjang kami bersama tadi aku banyak membohongi diri sendiri sedangkan dia aku melihat cuba untuk mencuri perhatianku. Aku ingat aku sudah cukup tabah untuk menghabiskan saja hubungan ini tetapi ternyata aku tidak sanggup.

Kami bergaduh melalui telefon. Aku melawan pada setiap kata-katanya sehingga dia yang mengalah. Aku fikir aku telah menang dan puaslah hati aku. Akhirnya padanlah dengan muka aku kerana aku telah terluka kerana aku telah melukakan dia.

Kesilapanku hanyalah kerana aku tidak amanah terhadap barang suamiku sendiri. Aku telah menyelongkar barang yang telah diamanahkan oleh dia. Walaupun bagi aku itu hanyalah perkara kecil tapi hal itu tetap dianggap perkara yang serius bagi dia. Kami bertengkar kerana kesilapanku sehingga dia melafazkan perpisahan untuk hubungan ini.

Kerana hubungan jarak jauh kami terpaksa menetapkan masa untuk berjumpa supaya barang-barang milik kami dapat dipulangkan. Lagi-lagi kad ATM aku. Aku terlalu mahukannya kerana aku takut duit aku akan melayang jika berada di tangannya. Bagi aku, jika hubungan ini tamat, barang-barang juga harus dipulangkan.

Selepas solat jumaat, kami bertemu. Dia sanggup datang ke rumah aku walaupun jarak kami terlalu jauh. Dia datang bersama adik bongsunya dengan menggunakan kereta. Aku meluru masuk ke dalam kereta dan meletakkan barang-barang aku yang merupakan pakaian untuk aku menginap di asrama nanti ke kerusi belakang.

Kereta terus bergerak ke destinasi yang dituju. Pada mulanya aku berkelakuan seperti biasa tapi lama kelamaan aku menjadi diam. Dia bercakap-cakap dan aku pula hanya sepatah saja menjawab. Aku hanya bercakap apa yang perlu sahaja.

Aku menyuruh dia pergi ke pejabat yang terletak di Shah Alam untuk bertanyakan hal pelajar praktikal. Sementara dia pergi ke pejabat, aku dan adiknya singgah ke restoran yang terletak di besebelahan pejabat dan memesan makanan serta minuman. Suasana tidak sepi cuma aku yang rasa lain macam. Bukan lain macam. Jika kami makan pasti kami akan menukar makanan untuk masing-masing rasa. Tapi kali ini agak lambat pula kami bertukar makanan, itu pun setelah dia yang meminta. Hampir habis makanan kami baru hendak bertukar.

Kami meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Ke Space U8. Dia bercadang mahu menonton wayang cerita Spiderman. Dia membeli seat couple dalam harga RM40 dan memberitahu bahawa adiknya akan duduk di antara kami. Aku tidak kisah.

Aku tidaklah berdiam saja. Adakalanya aku bercakap. Aku bercakap tapi tidak seperti biasa. Aku mahukan dia. Aku rasa menyesal kerana tidak melayan dia baik-baik sepanjang pertemuan kami tadi.

Aku membuka wallet aku dan dia ternampak ada dua gambar wajahku yang berlainan. Dia bertanyakan tentang gambarku. Aku diam dan senyum. Dia meminta gambarku. Aku terus bagi. Dia mengutuk mengatakan yang aku sudah tua. Aku mengiyakan saja. Aku menyuruhnya simpan tapi dia berkata tidak mahu pula lalu aku mengambil semula gambarku dari tangannya.

Kami masuk ke panggung wayang. Cermin mata 3D diberikan sepasang tapi kami bertiga. Aku mengalah dan memberi adiknya pakai. Aku tidak perlukan cermin itu pun tak mengapa kerana mataku rabun jadi bagi aku jika aku pakai aku tidak nampak sangat kesan 3Dnya.

Pada mulanya kami berkongsi tempat duduk seperti yang telah dicadangkan dia. Akhirnya dia mengarahkan aku duduk di kerusi lain kerana terdapat kekosongan. Aku masih lagi berada di sebelahnya cuma agak jauh sedikit. Aku pada waktu itu mahu memegang tangannya tetapi aku tidak tahu mengapa aku tidak boleh. Aku telah bohongi diri aku pada waktu itu sedangkan aku mendambakannya.

Selepas tamat, kami pulang dan bercadang mahu makan kerana dia lapar tapi kami akhirnya pulang juga. Dia menghantar aku ke asrama tempat aku belajar. Sebelum tiba aku telah mematikan telefon bimbit yang aku pinjam daripada dia dan mengeluarkan sim kad. Sim kad itu aku pegang sambil aku menyanyikan lagu Sesal Mendua mengikut rentak radio.

Akhirnya kami tiba. Aku turun dan mengeluarkan barang-barangku. Aku mengeluarkan beg plastik dari dalam beg galasku. Dalamnya terdapat barang-barang milik dia. Aku berlalu selepas mengucapkan terima kasih tanpa bersalaman langsung dengannya. Aku membohongi diri sendiri lagi! Aku berdiri dan melihat dia memandu pergi. Tapi belum sempat dia berlalu aku pergi menahan keretanya. Aku meminta kad ATM ku daripadanya. Dia tidak mahu bagi dan perlahan-lahan memandu keretanya untuk pergi tapi aku tetap menahan sehingga beberapa kali dan akhirnya dia mengalah. Dia memberikan juga. Selepas itu dia terus memandu dengan lajunya.

Aku masuk ke dalam asrama dengan beg di tangan dan bahu. Kemudia aku bersiap dan pergi bermesyuarat kerana aku telah dilantik sebagai AJK. Sepanjang mesyuarat aku tidak boleh fokus. Aku menconteng buku dan sesekali termenung.

Selesai bermesyuarat, aku terus ke bilik. Sepanjang perjalanan aku melihat bulan. Bulan penuh tapi ditutup awan. Aku teringatkan dia. Adakah perasaan dia seperti itu juga?

Setibanya di bilik, aku membuka telefon bimbitku yang sedang nazak. Aku menelefon dia. Aku mencurahkan rasa hatiku padanya. Aku memberitahunya bahawa aku tidak boleh kehilangannya. Aku juga menerangkan bahawa duit bagiku tidak bernilai jika dibandingkan dengan dia. Aku terasa kehilangan dia walaupun cuma beberapa saat. Aku tidak sanggup. Aku menyuruhnya datang dan ambil semula kad ATM ku. Aku mahukan dia, bukan wang. Duit tidak memberikan aku bahagia. Dia sangat bernilai untukku.

Tapi, tiada jawapan daripadanya…..