Thursday 21 June 2012

Lagu Hubungan Cinta Kita

26 Jun 2009
Semuanya bermula
Perlahan-lahan aku mencintai dirimu
Satu per satu sikapmu aku dalami

Lagu pertama yang kau nyanyikan untukku
Ketika aku berkata kau tiada di dalam hatiku
Walaupun malu tapi demi cinta
Kau buangkan perasaan malu kau
Untuk nyanyikan lagu Buka Hatimu
Supaya hatiku terbuka untukmu

Masa terus berjalan
Manusia mana yang tidak berubah
Aku juga tidak terkecuali
Lalu kau menyuruh aku mendengar
Dan menghayati lagu Jangan Pernah Berubah
Memohon supaya aku tidak berubah
Dan jadikan kau sebagai insan yang paling ku cintai

Satu hari kau jatuh sakit
Kerana tidak tahan dengan perangaiku
Aku fikir aku telah kehilanganmu
Sepanjang hari aku menangis
Aku menyesali atas perbuatanku
Kemudian kau kembali
Kau memujukku supaya jangan menangis
Dengan menyanyikan lagu Baik-Baik Sayang untukku

Sebelum kau pergi ke PLKN
Kau sempat memberikan aku lagu Aishiteru
Kata kau jika aku rindukan kau
Dengarlah lagu ini

Malang bagimu
Kau selalu jatuh sakit di sana tanpaku
Dan aku pula bermain di belakang kau
Kau terpaksa pulang awal dari waktu yang sepatutnya
Kau terlalu kecewa akan sikapku
Kau memberikan aku lagu Penantian

Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar
Kau tidak mengizinkan aku
Aku pula berdegil
Akhirnya kami berpisah
Tanpa sebuah lagu

Sebulan berpisah
Kau mengejar aku untuk mendapatkan aku kembali
Kau memujuk aku dengan lagu Pemilik Hati
Dan Untukmu Selamanya
Untuk menyatakan tiada insan lain
Yang boleh mengantikan tempatku
Di dalam hatimu

Aku terima kau kembali
Rupanya kau ada insan lain
Kau memujukku supaya percayakan kau
Kau tujukan lagu Maafkan Aku
Supaya aku memaafkan kesalahanmu

Kami merancang untuk bertemu
Akhirnya pertemuan yang dirancang
Telah aku batalkan
Membuatkan kau terlalu kecewa
Dengan perasaan amarah
Kau menyanyikan lagu Aishiteru 2
Supaya aku fahami perasaan bagaimana
Jika janji yang diucapkan tidak ditunaikan


Hingga akhirnya 21 Jun 2012
Orang tua kau mahu menjodohkan kau bersama insan lain
Membuatkan aku semakin melawan kata-katamu
Sebelum itu
Kau memberikan aku lagu Selamat Tinggal
Untuk mengungkapkan bahawa
Aku tiada lagi di dalam hatimu

Tarikh 26 Jun 2012
Adalah tarikh di mana kita akan meraikan
Ulang tahun kita yang ke-3
Buat pertama kalinya
Kita akan meraikannya bersama-sama
Tapi segalanya punah

Asalnya adalah kesalahanku sendiri
Kini maafkanlah aku
Aku mahukan kau kembali
Aku terlalu mencintaimu

p/s love : Ada banyak lagi lagu yang kau bagi untuk aku. Semuanya aku simpankan dalam satu folder. Lagu C.I.N.T.A seperti lagu tema untuk hubungan kita. Kau meletakkan perkataan C.I.N.T.A sebagai nama aku pada nombor telefon bimbitku. Bertahan satu cinta, bertahan satu C.I.N.T.A. Kini tiada tahannya lagi.



Cinta Terlarang

aku rasa gambar ni comel macam kau


Aku cintakan dia.

Aku ingin menegurnya lagi.

Tapi aku takut untuk memulakannya.

Dia mahu dijodohkan bersama insan lain.

Cinta terlarangkah?



Kau kan slalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat ku miliki
Jiwaku kan slalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untukku

Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya

Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya


Mengapa cinta ini terlarang
Saat ku yakini kaulah milikku
Mengapa cinta kita tak bisa bersatu
Saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu


Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya

Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya 


Maafkan Aku

Percintaan bagiku adalah mengorbankan segalanya termasuk kebahagiaan sendiri demi orang yang tercinta tapi apakan daya aku cuma mampu mengorbankan apa yang aku mampu sahaja.

Aku tidak berharta sayang. Kalau aku mahu beri, pasti aku fikir banyak kali kerana aku mahu memilikkimu. Jika aku mengorbankan sesuatu tetapi aku tidak bisa memilikkimu pasti tidak berbaloi.

Lalu kau pun berkata, "jangan fikirkan apa yang akan terjadi akhirnya. Fikirkan cara untuk membahagiakan aku untuk waktu sekarang. Kesannya jika kau mengorbankan sesuatu tanpa berfikir adakah kau akan berjaya mendapatkan aku atau tidak, aku pasti akan menyesal jika aku memilih orang lain."

"Jika kau terlalu memikirkannya, kau yang akan menyesal akhirnya kerana tidak mengorbankan apa yang kau ada semasa kita bersama. Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat."





Sayang..

Maafkan aku kerana meninggi suara kepadamu sehingga kau menitiskan air mata.

Maafkan aku kerana melawan kata-katamu.

Maafkan aku kerana aku menghina-hina diri kamu.

Sedangkan kau bagi aku adalah insan paling sempurna. Tiada insan lain sehebatmu. Kasih sayang yang kau berikan itulah yang aku dambakan setiap masa.

Aku bagaikan terlalu terdesak untuk mendapatkanmu. Tapi aku malu dengan diri sendiri kerana aku tidak mampu untuk memenuhi semua permintaanmu. 

Terimalah aku kembali.

p/s love : Aku tidak tahu mengapa aku terlalu mencintai kau.



Wednesday 20 June 2012

kenangan harus berlalu

Kenangan dari segi bahasa ialah perkara silam manakala dari segi istilah ialah sesuatu peristiwa yg telah berlalu tidak kira baru sahaja saat yg lpas atau tahun lepas ia tetp dikire kenangan...Cerita ini bukan sehebat cerita kal ho naho,titanic atau pun twilight...

Dlm perjalanan ke klang dr banting..hati berasa tidak boleh tenang kerana terlalu ingin cepat sampai ke klang ...di klang terdapat pula orang yg perlu saya temui untuk menyelesaikan masalah rindu yang sudah menyemarak di kalbu...Disebabkan begitu manusie boleh mnjadi marah tak tentu hala jika perkara yg sudah dirancang tidak berlaku live ...

Apabila bertemu terdapat perbalahan yang susah juga untuk dileraikan kerana banyak kesulitan dalm diri berlaku...diri ini sedang tensen exam , ingin bertemu dan kesulitan mendapat kn wang yg dirinya pula sedang stress melayan karenah diri ini yg suke marah2...tetapi kemarahan diri ini dpt terkawal selepas mengadap tuti dan meratahnye sehingga puas...

Pertemuan terus berjalan lancar malah lebih baik...perjalanan diteruskan sampai ke shah alam...di bandar shah alam bertempatnya pasangan ini di restoran upin ipin untuk menjamu slera..sungguh enak makanan upin ipin ada smbal udang petai, sambal ikan talapia,ayam masak lemak cili api ,pucuk manis inilah juga makanan yg dipesan pasangan tersebut...

Selepas itu hari terus beganti pasangan tersebut menyambung pertemuannya hingga kebahagiaan mengakhirinya...tetapi..itu sume hanye masa lalu,masa lampau...xperlu d ungkit kembali kn...semoga tiada lagi dendam di hati,tiada ketidak puasan hati dan tiada lagi kedukaan melanda...

Sudilah bace..saya baru cuba tulis blog...assalamualaikum...





Wednesday 13 June 2012

Masalah Blogger Mascapada