Tuesday 20 November 2012

cabaran sebenar

sebenar sangat susa la nk post something d blog klo setakat gne bb mura ni....

Monday 8 October 2012

YA ALLAH sakitnya aku

Kini aku xleh tido kerana asma...aku mengaco dia utk menemani...dia kate "ko ni memekak la" runtuh hati aku dgr...akukne kuat lawan penyakit...aku ni nyusahkan dia agknya...tapi dia yg pnah cakap kalau sakit pangil la dia,kacau dia,kejot dia...bila d kejot ni aku trime...tgh malam cmni sape ag nk jage n teman aku sakit kalau bkn ko..tergamak ko..sakit asthma da sgt tesekse makin d tambah sakit hati...hanya ALLAH paham keadaan aku walau ko yg salu ucap syg aku...:'(

Hantar Kembar




Kau kata aku suka hantar kembar. Dulu masa kau kat sekolah menengah kau kata ada sorang budak ni muka sebijik macam aku. Tapi kau tak pernah nak tunjuk muka dia kat aku. Sebab tu lah aku tak percaya sangat.

Bila kat sekolah je kau selalu pandang-pandang dia, sampai dia pun perasan yang kau asyik dok pandang dia je. Dia bukannya sekelas dengan kau tapi cuma satu sekolah je.

Tapi aku tetap tak percaya yang muka dia sama macam aku.

Kita dah habis sekolah. Kita pun sambung belajar.

Aku telah ditegur oleh kawan sekolah kau. Kebetulan dia belajar sama tempat dengan aku. Dia tegur aku sebab dia kata muka aku sama macam kawan baik dia masa kat sekolah dulu. Dia siap bagi tahu nama lagi. Tapi aku lupalah nama budak tu.

Sejak dari tu, baru aku percaya yang kau kata muka budak tu sama macam muka aku. Hehe!

Kau kata budak tu selalu buat hal sorang-sorang. Kawan-kawan dia pun banyak orang luar. (Seingat akulah. Hehe!).

Bila aku tanya, “mana kembar aku sambung belajar sekarang ni?”

Kau cuma jawab tak tahu. Takpe, aku tak kisah pun kalau tak dapat tahu. :P

Bila kita dah masuk semester dua, ramai budak junior masuk. Tak lama lepas tu, kau ada nampak kembar aku lagi. Tapi yang lainlah, bukan yang sama sekolah dengan dia dulu tu. Dalam hati aku, tak habis-habis kembar. Tapi sebenarnya aku excited jugak. Aku teringin jugak nak tengok muka kembar aku ni. (Kononnya!)

Tapi serious lah aku nak tengok!

Aku cuma dengar kau bercerita je. Kau selalu jugak perhatikan dia. Kadang-kadang aku melenting jugak sebab aku cemburu! Kau kata cara dia cakap, dia senyum, makan, pandang orang, sama je! Tapi dia suka warna ungu sebab kau selalu nampak dia pakai baju warna ungu. Tak lama lepas tu kau bagi tau aku yang dia ada couple dengan budak sekelas kau. Euuwww~ (Apahal aku nak geli pulak? Bukannya aku pun.)

Tapi budak tu muka je sama. Tapi dia pendek, kurus, putih. Tak macam aku ni ha, hitam. Aku dah tengok dah muka budak tu kat Facebook. Adalah jugak samanya. Aku tengok mulutnya jela sama. Teringin nak tengok dia nganga. Nak tengok gigi dia sama tak macam aku?

Kita masuk pulak semester tiga. Ada lagi budak junior masuk kat tempat belajar kau. Kau kata kau selalu perhatikan sorang budak ni. Badan dia, cara dia jalan, muka dia, semualah, lagi sebijik muka aku. Ah, yela tu! Kau ingat aku percaya ke? Berapa banyak orang nak muka sama macam aku?

“Muka dia lagi ganas dari muka cin”, kaulah yang kata.

“Badan dia pulak lurus je takde bentuk”.

“Bila dia jalan tegak je”.

“Selalu tengok dia dengan budak jurusan lain”.

Hoi! Nampak sangat kau stalk dia kan?!! Semua benda pasal dia kau tahu. Dari badan sampai hal kehidupan dia semua kau tahu.

Time makan, dia duduk kat sebelah kau. Padahal dia bukannya kenal kau pun. Tapi mungkin dia ada cam muka kau sebab kau kan selalu usha dia.

“Seronoknya dapat makan kat sebelah dia, macam dapat makan dengan cin je”, eee nak je aku kasi pecah muka kau.

Kau kata kau rindu aku. Tapi kau nak peluk dia sebab dia dekat. Aku pulak jauh.

Pecah muka by ni kang! (Cakap dengan nada lembut).

“Nasiblah. Siapa suruh cin hantar kembar kat by?”

Menjawab pulok dia ni!

p/s love : Aku tak sukalah kembar-kembar ni. Tak uniklah! Lagi pun, aku cemburu walaupun kau cuma cerita pasal kembar.

Thursday 4 October 2012

Mana perginya cahaya cinta

  Salam jumaat yg penuh barakah...saya disini ingin menyatakan saya mencintai awak serta menjadi peminat awak yg pertama...ye mmg saya peminat awak...mane de lagi yang nk minat awak. yg degil nak menang sendri je uh...cerita nye begini...saya hanya minat awak...sebab awak nmpk brutal...lama kelamaan awak menjadi gedik lak saya makin risau kn itu...bukn apa...penilaian saya simple awak mcm ganas2 je mst xbatak jantan....yeah!sbb tu saya mula meminati awak sampai kini...tp mkin awak dgn saya mkin awak mnjadi perempuan yg org panggil sejati la...bkn saya nk awak mnjadi tomboy atau pengkid atau watever la yg org pgel ...saya nk diri awak tu ganas iaitu bila awak jatuh cinta pada laki..hanya laki tu yg awak suke sampai bila2..saya meminati awak yg ganas tu hnye sebab saya nk jadi laki pertama yg penah awak suka yg leh lembutkn hati awak...tapi..awak da telampau ayu sekarang...saya da banyak saingan...ramai yg meminati awak cmne saya meminati awak...saya takut kecundang...saya takut kalah...saya takut kerapuhan cinta berlaku..jadi..marilah sama2 kita berdoa pada ALLAH YG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..tuhan yg menganugerahkn cinta ini...agar ALLAH mempertahankn hati ku...memperkukuhkan hati mu..tiada yang goyah akibat persekitaran yg sering berubah...berkati kn hubungan kita ini ya ALLAH...jika byk perkara mungkar yg kami buat KAU ampunkan la...dan bantulah kami dengan memberi sinar hidayah MU untuk kami betulkan apa yang kami salah... 


bila awak bersama peminatnya

     Dan kepada awak ...saya ni peminat awak..tengok nama blog uh....ni blog utk awak aw..xbangga ke...artis mcm brad pit pn lom tentu de blog peminat setia dia yg cita pasal dia je....bukan apa saya xnak awak rasa x dihargai lagi...awak tu yg suke rasa mcm2....sbb uh xdhargai sume de...memang pelik saya ni meminati seorang perempuan kerana dia ganas mcm laki..kerana dia nmpk cm laki....tapi tu yg unik nye bagi saya...saya xmintak byk..saya nk jadi laki pertama yg awak de feeling...:)

Ingat Lagi Tak Sayang? #2


Sayang. Ingat lagi tak masa birthday kau. Aku tak tahu nak bagi kau apa.  Sebab aku duit pun takde. Duit kau bagi aku belanja buat makan tu adalah dalam RM30.

Masa on call dengan kau, aku cakap kat kau, “sorrylah tak dapat nak bagi hadiah apa-apa untuk birthday nanti. Janganlah berharap sangat cin akan bagi baby hadiah.”

Dia kata, “tak apa.”

Tapi boleh lagi kata, “kalau boleh baby nak bunga ros”.

“Bunga ros warna apa?”, aku tanya.

“Nak warna pink.”



Jambu gila dia ni. Haha! Kalau boleh aku nak bagi dia bunga. Tapi aku pun tak sure aku mampu ke tak nak belikan dia bunga. Aku dah lah tak pernah beli bunga. Dapat bunga pun sekali je. Tu pun daripada kakak aku masa aku darjah berapa ntah. Budak lagi. Ada ke patut belikan aku bunga ros hidup warna merah? Memang jahanamlah. Haha!

Okey. Abaikan cerita tentang aku dapat bunga.

Hari-hari berlalu aku cuba jimatkan duit belanja aku. Aku dah lah tak tahu harga sekuntum bunga berapa ringgit. Lagi-lagi bunga ros. Tak ke sampai berpuluh-puluh ringgit nanti? Aku bajet paling kurang RM30 dalam tangan. Aku terpaksa pinjam duit kawan untuk buat tambang naik bas pergi kat dia. Nasib baik dapat! Tapi mestilah kena ganti balik. Huhu!

Kawan aku bagi duit sampai terlebih. Aku cuma nak RM10 je. Tapi RM20 yang aku dapat.

“Banyaknya. Aku nak RM10 jela.”

“Ala, ambik jela buat back up. Nanti jadi apa-apa kang.”

Terus aku cakap terima kasih kat dorang.

“Nanti kalau jadi apa-apa kat tengah jalan, mesej.”

“Tapi aku tak nak mesej. Aku nak call je”, aku cakap.

“Apa-apa jela. Nanti tak cukup duit bagi tau. Nanti kitorang bank in kan”, kitorang sama-sama tergelak. Haha!

Kat dalam Giant, aku merayau-rayau sana-sini sementara tunggu pukul 2 petang. Tak kan aku nak gerak awal sangat. Dia yang tak bagi. Nanti karang aku pulak yang kena tunggu dia lama. Tapi aku tak kisah pun tunggu dia. Cuma tempat yang aku nak tunggu dia tu tempat orang. Bahaya. Sebab tu dia tak kasi aku gerak awal.

Aku rasa duit dalam wallet aku ni pun cukup untuk buat belikan dia hadiah. Aku survey kedai sana sini tengok hadiah apa yang sesuai untuk dia. Tapi kitorang sempat lagi on call. Kitorang pengguna Buddyz. Wajiblah on call 24 jam. Watatata!

Tapi hadiah semua aku tengok tak menepati citarasa aku. Yang menepati citarasa aku pulak, semuanya mahal-mahal nak mampos!


Lastly, aku masuk kat kedai bunga. Aku tanya berapa harga bunga sekuntum. Adalah dalam ehem ringgit. Tak kan aku nak mention kan kat sini. Kantoilah kalau si dia baca. Haha!

Aku siap tanya lagi, “kalau beli, takde tolong bungkuskan sekali ke bunga ni?”

“Takde.”

Disebabkan takdelah aku tak jadi beli bunga tu masa tu.

Aku pergi masuk kedai lain, aku pergi cari beg. Sebenarnya aku tunda beli dulu. Takkanlah aku nak bawak bunga macam tu je oi naik bas turun bas tanpa ada beg? Sebab itulah aku pergi beli beg dulu.

Dah beli beg, aku patah balik ke kedai bunga tadi.

Yang kitorang dari tadi on call, dia panggil aku suruh aku gerak sekarang.

Aku terpaksa tipu yang aku kata nak gerak dah ni. Padahal tengah nak pergi beli bunga. Maaf by! :P

Sampai je kat kedai bunga tu, aku tanya lagi harga. Haha! Saja je tanya. Nak pastikan.

Aku pilih, “bunga merah dua, bunga pink satu”.

Orang kedai tu tanya, “nak yang mana?”

Disebabkan ni first time aku beli bunga, aku tak pandailah nak memilih, “yang mana-mana jela. Tapi yang pink ambik yang ni”.

Aku yang tengah on call sempat lagi dia tanya, “buat apa tu? Geraklah sekarang”.

“Jap la. Jap”, sambil mata aku pandai orang kedai bunga tu pilihkan bunga untuk aku.

Orang kedai bunga tu terus stop pilih bunga. Dia ingatkan aku bercakap dengan dia. Padahal aku tengah on call guna earphone. Hehe!

Dah siap beli. Aku simpan bunga dalam beg kertas. Beg kertas tu pulak dalam beg plastik. (Hadoi, pening.)

Aku pulak naik bas. Risau bunga aku tertanggal nanti orang langgar. Aku letak dia elok-elok. Dah lah aku berdiri dalam bas tu tak simetri langsung. Asyik nak terjatuh je.

Tengok indian kat depan aku ni asyik BBM je. Untunglah ada BB. Aku pakai nokia baling hanjeng je. 



Tapi aku berbangga sebab bateri aku bertahan lama. Hehe!

Turun je kat PKNS, aku terfikir tiba-tiba. Takkan aku nak bagi beg dan bunga ros semata-mata? Aku carilah kad birthday untuk dia. Lastly aku jumpa kad yang aku agak berkenan. Tapi aku cakap kat dia yang kad tu aku buat sendiri. Alaa saja je bergurau. Haha!

Dipendekkan cerita, aku dah sampai kat tempat belajar dia. Tapi dia suruh aku tunggu kat pekan jela. Malangnya, dia tak sampai pun lagi. Aku jalanlah sana sini kononnya nak cari tempat duduk.

“Dik, nak pergi mana?”, tanya pakcik teksi tersebut.

Aku cuma geleng jela sambil jalan sana-sini bawak bunga-bungaan.

Akhirnya aku duduk kat kedai mamak. Aku ambik seat kat bahagian luar. Aku order air teh ais dengan roti canai banjir. Sambil tunggu order sampai, aku keluarkan kad aku tulis ayat-ayat jiwang birthday untuk dia.

Sorrylah. Isi kandungan kat dalam kad tu hanya aku dan dia je yang boleh tahu. Tapi aku tak tahulah kalau family dia ada yang dah baca. Hehe.

Selesai semua aku pergi gerak kat tempat yang sepatutnya aku kena tunggu. Lalu situ pakcik teksi tu tegur aku lagi.


“Dik, nak pergi mana? Muka masam je bawak bunga hulur ke hilir. Putus cinta ke?”

Aku buat dek je sambil jalan mencari si dia. Lantak kaulah pakcik. Aku tak nak pun naik teksi kau tu. 

Aku cuma nak naik bas je. Lagi jimat. Haha!

Macam biasa, bila jumpa aku akan salam dia dulu. Tapi bunga kat tangan aku ni aku buat tak tahu. 

Tak bagi dia terus pun. Kunun bukan untuk dialah.

Tapi akhirnya kat dalam bas aku bagi dia jugak. Tak romantiknya aku ni!!!

Lepas tu ada ke patut aku letak bunga tu dan beg-beg kitorang kat seat depan. At least letaklah bunga tu kat kitorang. Bila bas brek je maka terjatuhlah bunga tersebut. Akulah yang kena kutip. 

Marah si dia bila dapat tau bunga dia jatuh. Haish, sayang sangat! :P
Tak lupa jugak, dia bagi aku puzzle Doraemon. Sebab dia tau aku minat kat Doraemon. Doraemon tu kan sama comel macam dia. Hehe!

Sepanjang kat dalam bas memang aku tak reti dok diam!

Akhirnya sampai jugak kitorang kat JJ. Masa tu kitorang makan McD. Kitorang berdua je tapi beli sampai 3 set. Lepas makan je aku terus gemok! Memang itu pun yang dia nak. Kan! :P

Tak nak blah, kat dalam McD tu jugaklah kitorang bergambar bersama bunga-bungaan.  Kad dan beg pun tidak ketinggalan jua. Aku rasa macam lawak je. Sebab aku tak sweet langsung. Sweat adalah. Haha!

Birthday dia sebenarnya keesokkan harinya. Tapi aku saja bagi awal. Takut tak sempat pulak nak jumpa dia dan bagi esok. Lagipun aku nak jadi orang pertama yang wish dan bagi hadiah. Tapi, aku ke yang pertama?

Ingatkan tak sempat nak bagi tapi rupanya keesokkan harinya kitorang jumpa pulak. Lusanya pun jumpa lagi. Tulat pun! Kuikui.

Wednesday 3 October 2012

Berlagak


Hubungan kita dah tiga tahun lebih. Kau pun dah nak habis belajar. Aku tunggu lagi setahun setengah baru dapat habis belajar. Aku fikir aku tak nak sambung belajar. Sebab jurusan yang aku ambik ni bukannya aku minat langsung. Tapi nasib baiklah jurusan kita agak related sikit. Bolehlah kita pergi praktikal sama-sama. :)

Tapi semakin aku dah nak habis belajar, semakin banyak pulak hal yang aku buat. Hal memonteng jela. Sampaikan aku dah dapat surat amaran. Hihi!

Sebenarnya aku minat jurusan yang kekasih aku tengah belajar sekarang ni. Aku jelez sebab dia dapat belajar apa yang aku minat. Tiba-tiba je dia dapat tawaran tu. Kenapalah aku tak dapat 
langsung?


“Kalau kau jadi budak multimedia mesti kau berlagak punya”, dia kata.

“Eh, bukan semua budak multimedia semuanya berlagak ke?”, aku bergurau. Haha!

“Kau ambik engineer pun dah berlagak.”

Berlagak ke aku? Aku tak tahulah. Dia lagi nampak perangai aku. Jadi aku iye kan sajalah. Hehe!

p/s : Aku tak seronok bila dia sakit. Tapi aku seronok bila dapat tau hari ni hari Khamis. Esok kitorang boleh balik. Macam biasa, aku akan jemput dia. Kitorang akan balik sama-sama. Aku nak jaga dia sampai dia sihat, sampai dia tersenyum, selama-lamanya.

Heart 2 Heart Bukit Cerakah / Bukit Cahaya





Baca status member kat Twitter, dia tweet yang kekasih dia kejutkan dia pagi-pagi untuk dia bangun pergi kelas. Tapi aku kekasih aku kejutkan aku pagi-pagi gila ajak aku bersenam kat Bukit Cerakah, Shah Alam. Aku pergi kelas pun tak pernah nak bangun awal macam tu. Demi dia, aku punyalah excited untuk bangun pagi. Hehe. Mesti ada yang mengutuk sebab pergi kelas tak nak, jumpa dia nak aje.

Aku tunggu dia kat roundabout asrama tempat aku belajar. Cuma aku duduk jela kat dalam bilik sambil on call dengan dia sambil borak-borak, takut-takut dia terlelap sebab mengantuk masa driving. Mana taknya, kalau dah bangun terlalu awal lepas tu drive mungkin risiko untuk mengantuk adalah tinggi. (Yela tu!)

Bila dia sampai je, dia hon kat depan bilik aku. Aku pun mengintailah ikut tingkap.

“Cin nak tengok baby ikut tingkap jela”, aku punya perangai mengada-ngada dah sampai.

Tengok dia macam nak turun dari kereta aku cepat-cepat keluar dari bilik. Haha!

Sampai je kat Bukit Cerakah dia parking kereta dia. Tak ramai orang pun sebab hari Selasa kan. Semua orang tengah sibuk kerja dan sekolah bagai, kitorang je rajin sangat nak pergi bersenam. Haha!

“Dulu nama tempat ni Bukit Cerakah tapi sekarang dia dah tukar nama jadi Bukit Cahaya.”

“Kenapa pulak nak tukar?”, aku bertanya.

“Sebab nama Cerakah tu kan macam serakah. Nama dia tu macam mengajak orang buat maksiat.”

“Serakah?”

“Nafsu serakahlah”.

“Oh. Patutlah dia tukar ek. Biar ada nur (cahaya) sikit kat bukit tu.”

Kitorang pun masuk dalam kawasan tu. Kena bayar RM3 sekepala. Tapi kalau nak masuk Taman Bermusim (suka hati aku je nak bagi nama), kena bayar lagi RM3. Kitorang nak masuk so total adalah RM12 je. Orang tu kata lagipun sekarang Taman Bermusim tengah musim luruh.

Kitorang tak naklah naik bas kan. So kitorang lagi pilih untuk naik basikal. Kena sewa. Sejam pertama RM5. Jam seterusnya RM1 je. Start naik je jalan okey lagi. Bolehlah kayuh. Aku teringat pulak cerita Heart 2 Heart yang sepasang kekasih bawak basikal kat dalam hutan. Macam kitoranglah. Haha!




Tapi bila naik bukit kitorang terus surrender. Tak boleh nak kayuh langsung! Kitorang jalan kaki sambil bawak je basikal tu. Tapi bila nak turun bukit, wah kemain seronok lagi! Dialah yang kat depan. Padahal dia yang penat sangat sampai duduk kat tepi jalan. Alah, aku pun sama jugak. Haha!
Dia kata aku ni tak tahu nak penat. Aku ni jenis kuat dan banyak stamina. Esh, mana ada! Aku kalau naik tangga pun semput jugak apa. Bukan semputlah tapi mengahlah jugak sebab aku kan gadang. Haha!

Aku ada nampak kuda kat situ dua ekor. Dua-dua coklat tengah minum air. Yang sekor ada datang kat kitorang tapi aku tengok dia undur ke belakang aku pun follow jugak. Aku cuma takut perangai dia macam unta je, meludah sana sini. Tapi kuda tak kot?

Aku siap rakam lagi kuda tu minum. Haha!

Nampak burung dalam sangkar pun aku rakam padahal burung merpati je kot dengan ayam hutan. Tapi tak tahulah aku kalau dia dah update burung baru. Hehe!

Tak ramai orang kat sana. Rasa tempat tu macam kitorang punya je. Indahnya ketika aku bersama si dia.

Dia kata, “inilah cabaran. Cabarannya sama macam hubungan cinta kita. Cuma apa yang kita lalui hari ini hanyalah cabaran dari segi fizikal je. Mungkin kau dapat bertahan dari segi fizikal. Sebab kau kan kuat”.

Rupanya dia bawak aku kat Bukit Cahaya ni bersebab. Terima kasih sayang.

Tapi rupanya last sekali kitorang tak jadi nak masuk Taman Bermusim tu sebab tak cukup masa. Dia kena balik sebab nak hantar adik-adik dia pergi sekolah.

Tiket burn? Mungkinlah tidak sebab tiket tu takde tulis tarikh pun so kitorang bolehlah kot masuk lagi. Hehe!

Aku terlalu mencintaimu cinta!

p/s love : Sekarang dia tak berapa sihat. Mungkin dia terlalu penat sangat. Aku risau sangat. Semoga dia cepat sembuh sebab aku takut bila dia sakit. :’(