Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, 13 July 2012

Apa salah hamba sepertiku

hidup ku selalu di pijak-pijak oleh kekaseh sendiri...da terlalu lame aku bersabar tapi diriku masih xreti serek..kadang2 aku jadi hairan dgn hati sendiri ...adakah hati ini da buta...rela d pijak2 d hina d caci maki oleh seorg kekaseh yang da lame aku miliki...tp aku maseh xdapat kehormatan dari nye...penat suda aku melayan karenah mu..lelah suda aku besabar dgn sikap mu...sakit suda hati ku kerna mu cinta...boleh x aku minta sedikit penghargaan darimu dan sedikit hormat sbg seorang lelaki yg menjadi kekaseh mu...salah apa lagi aku sampai kau terlalu berdendam pada ku bila aku terbuat sedikit kesilapan...


"kepada cintaku yang telahku pijak-pijak, hina-hina dan mencaci maki dirimu,
maafkan aku kerana melakukan dirimu sedemikian rupa.
aku melihat dirimu tidak bahagia denganku.
selepas menyatakan bahawa engkau telah bosan denganku,
aku bagaikan disentap.
aku terus terdiam.
untuk berpisah pula tidakku rela.
jadi aku menghina dirimu supaya kesakitan perpisahan tidak terlalu aku rasai.
aku kasihankan dirimu yang merayu aku supaya bersama kembali.
dan aku terfikir.
bila engkau telah kehilangan segalanya baru kau hendak bersamaku.
jika engkau dikelilingi orang-orang yang menyayangimu,
aku tidak lagi berada di dalam hatimu.
engkau berkata bahawa engkau tidak lagi menyintaiku.
tidak lagi menyayangiku.
dan aku adalah insan yang hina lagi jijik untuk dirimu.
setiap kata-kata penghinaanmu untukku secara tidak sengaja telah aku simpan di dalam hati.
bukan aku berdendam.
lama-kelamaan aku menjadi tidak tahan.
dan apabila engkau berkata bosan.
aku telah melepaskan rasa amarahku.
mungkin ego aku telah kembali.
mungkin.
tapi maafkanlah aku.
aku menyintaimu.
tetapi aku takut untuk menerimamu lagi.
takut disakiti lagi.
engkau tahu.
aku tidak takut mati tapi aku cuma takut akan rasa sakit.







Thursday, 21 June 2012

Lagu Hubungan Cinta Kita

26 Jun 2009
Semuanya bermula
Perlahan-lahan aku mencintai dirimu
Satu per satu sikapmu aku dalami

Lagu pertama yang kau nyanyikan untukku
Ketika aku berkata kau tiada di dalam hatiku
Walaupun malu tapi demi cinta
Kau buangkan perasaan malu kau
Untuk nyanyikan lagu Buka Hatimu
Supaya hatiku terbuka untukmu

Masa terus berjalan
Manusia mana yang tidak berubah
Aku juga tidak terkecuali
Lalu kau menyuruh aku mendengar
Dan menghayati lagu Jangan Pernah Berubah
Memohon supaya aku tidak berubah
Dan jadikan kau sebagai insan yang paling ku cintai

Satu hari kau jatuh sakit
Kerana tidak tahan dengan perangaiku
Aku fikir aku telah kehilanganmu
Sepanjang hari aku menangis
Aku menyesali atas perbuatanku
Kemudian kau kembali
Kau memujukku supaya jangan menangis
Dengan menyanyikan lagu Baik-Baik Sayang untukku

Sebelum kau pergi ke PLKN
Kau sempat memberikan aku lagu Aishiteru
Kata kau jika aku rindukan kau
Dengarlah lagu ini

Malang bagimu
Kau selalu jatuh sakit di sana tanpaku
Dan aku pula bermain di belakang kau
Kau terpaksa pulang awal dari waktu yang sepatutnya
Kau terlalu kecewa akan sikapku
Kau memberikan aku lagu Penantian

Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar
Kau tidak mengizinkan aku
Aku pula berdegil
Akhirnya kami berpisah
Tanpa sebuah lagu

Sebulan berpisah
Kau mengejar aku untuk mendapatkan aku kembali
Kau memujuk aku dengan lagu Pemilik Hati
Dan Untukmu Selamanya
Untuk menyatakan tiada insan lain
Yang boleh mengantikan tempatku
Di dalam hatimu

Aku terima kau kembali
Rupanya kau ada insan lain
Kau memujukku supaya percayakan kau
Kau tujukan lagu Maafkan Aku
Supaya aku memaafkan kesalahanmu

Kami merancang untuk bertemu
Akhirnya pertemuan yang dirancang
Telah aku batalkan
Membuatkan kau terlalu kecewa
Dengan perasaan amarah
Kau menyanyikan lagu Aishiteru 2
Supaya aku fahami perasaan bagaimana
Jika janji yang diucapkan tidak ditunaikan


Hingga akhirnya 21 Jun 2012
Orang tua kau mahu menjodohkan kau bersama insan lain
Membuatkan aku semakin melawan kata-katamu
Sebelum itu
Kau memberikan aku lagu Selamat Tinggal
Untuk mengungkapkan bahawa
Aku tiada lagi di dalam hatimu

Tarikh 26 Jun 2012
Adalah tarikh di mana kita akan meraikan
Ulang tahun kita yang ke-3
Buat pertama kalinya
Kita akan meraikannya bersama-sama
Tapi segalanya punah

Asalnya adalah kesalahanku sendiri
Kini maafkanlah aku
Aku mahukan kau kembali
Aku terlalu mencintaimu

p/s love : Ada banyak lagi lagu yang kau bagi untuk aku. Semuanya aku simpankan dalam satu folder. Lagu C.I.N.T.A seperti lagu tema untuk hubungan kita. Kau meletakkan perkataan C.I.N.T.A sebagai nama aku pada nombor telefon bimbitku. Bertahan satu cinta, bertahan satu C.I.N.T.A. Kini tiada tahannya lagi.



Cinta Terlarang

aku rasa gambar ni comel macam kau


Aku cintakan dia.

Aku ingin menegurnya lagi.

Tapi aku takut untuk memulakannya.

Dia mahu dijodohkan bersama insan lain.

Cinta terlarangkah?



Kau kan slalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat ku miliki
Jiwaku kan slalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untukku

Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya

Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya


Mengapa cinta ini terlarang
Saat ku yakini kaulah milikku
Mengapa cinta kita tak bisa bersatu
Saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu


Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya

Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya 


Maafkan Aku

Percintaan bagiku adalah mengorbankan segalanya termasuk kebahagiaan sendiri demi orang yang tercinta tapi apakan daya aku cuma mampu mengorbankan apa yang aku mampu sahaja.

Aku tidak berharta sayang. Kalau aku mahu beri, pasti aku fikir banyak kali kerana aku mahu memilikkimu. Jika aku mengorbankan sesuatu tetapi aku tidak bisa memilikkimu pasti tidak berbaloi.

Lalu kau pun berkata, "jangan fikirkan apa yang akan terjadi akhirnya. Fikirkan cara untuk membahagiakan aku untuk waktu sekarang. Kesannya jika kau mengorbankan sesuatu tanpa berfikir adakah kau akan berjaya mendapatkan aku atau tidak, aku pasti akan menyesal jika aku memilih orang lain."

"Jika kau terlalu memikirkannya, kau yang akan menyesal akhirnya kerana tidak mengorbankan apa yang kau ada semasa kita bersama. Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat."





Sayang..

Maafkan aku kerana meninggi suara kepadamu sehingga kau menitiskan air mata.

Maafkan aku kerana melawan kata-katamu.

Maafkan aku kerana aku menghina-hina diri kamu.

Sedangkan kau bagi aku adalah insan paling sempurna. Tiada insan lain sehebatmu. Kasih sayang yang kau berikan itulah yang aku dambakan setiap masa.

Aku bagaikan terlalu terdesak untuk mendapatkanmu. Tapi aku malu dengan diri sendiri kerana aku tidak mampu untuk memenuhi semua permintaanmu. 

Terimalah aku kembali.

p/s love : Aku tidak tahu mengapa aku terlalu mencintai kau.