Thursday 21 June 2012

Lagu Hubungan Cinta Kita

26 Jun 2009
Semuanya bermula
Perlahan-lahan aku mencintai dirimu
Satu per satu sikapmu aku dalami

Lagu pertama yang kau nyanyikan untukku
Ketika aku berkata kau tiada di dalam hatiku
Walaupun malu tapi demi cinta
Kau buangkan perasaan malu kau
Untuk nyanyikan lagu Buka Hatimu
Supaya hatiku terbuka untukmu

Masa terus berjalan
Manusia mana yang tidak berubah
Aku juga tidak terkecuali
Lalu kau menyuruh aku mendengar
Dan menghayati lagu Jangan Pernah Berubah
Memohon supaya aku tidak berubah
Dan jadikan kau sebagai insan yang paling ku cintai

Satu hari kau jatuh sakit
Kerana tidak tahan dengan perangaiku
Aku fikir aku telah kehilanganmu
Sepanjang hari aku menangis
Aku menyesali atas perbuatanku
Kemudian kau kembali
Kau memujukku supaya jangan menangis
Dengan menyanyikan lagu Baik-Baik Sayang untukku

Sebelum kau pergi ke PLKN
Kau sempat memberikan aku lagu Aishiteru
Kata kau jika aku rindukan kau
Dengarlah lagu ini

Malang bagimu
Kau selalu jatuh sakit di sana tanpaku
Dan aku pula bermain di belakang kau
Kau terpaksa pulang awal dari waktu yang sepatutnya
Kau terlalu kecewa akan sikapku
Kau memberikan aku lagu Penantian

Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar
Kau tidak mengizinkan aku
Aku pula berdegil
Akhirnya kami berpisah
Tanpa sebuah lagu

Sebulan berpisah
Kau mengejar aku untuk mendapatkan aku kembali
Kau memujuk aku dengan lagu Pemilik Hati
Dan Untukmu Selamanya
Untuk menyatakan tiada insan lain
Yang boleh mengantikan tempatku
Di dalam hatimu

Aku terima kau kembali
Rupanya kau ada insan lain
Kau memujukku supaya percayakan kau
Kau tujukan lagu Maafkan Aku
Supaya aku memaafkan kesalahanmu

Kami merancang untuk bertemu
Akhirnya pertemuan yang dirancang
Telah aku batalkan
Membuatkan kau terlalu kecewa
Dengan perasaan amarah
Kau menyanyikan lagu Aishiteru 2
Supaya aku fahami perasaan bagaimana
Jika janji yang diucapkan tidak ditunaikan


Hingga akhirnya 21 Jun 2012
Orang tua kau mahu menjodohkan kau bersama insan lain
Membuatkan aku semakin melawan kata-katamu
Sebelum itu
Kau memberikan aku lagu Selamat Tinggal
Untuk mengungkapkan bahawa
Aku tiada lagi di dalam hatimu

Tarikh 26 Jun 2012
Adalah tarikh di mana kita akan meraikan
Ulang tahun kita yang ke-3
Buat pertama kalinya
Kita akan meraikannya bersama-sama
Tapi segalanya punah

Asalnya adalah kesalahanku sendiri
Kini maafkanlah aku
Aku mahukan kau kembali
Aku terlalu mencintaimu

p/s love : Ada banyak lagi lagu yang kau bagi untuk aku. Semuanya aku simpankan dalam satu folder. Lagu C.I.N.T.A seperti lagu tema untuk hubungan kita. Kau meletakkan perkataan C.I.N.T.A sebagai nama aku pada nombor telefon bimbitku. Bertahan satu cinta, bertahan satu C.I.N.T.A. Kini tiada tahannya lagi.



3 comments:

  1. huii sedihnye kisah.. bersabar la ea.. kalau memang jodoh tak boleh lari mana.. cheer up.. :)

    ReplyDelete
  2. plkn? awalnya bercinta. tak yah bercinta jiwang2 sangatlah... kejar cita2 dulu... done follow - Noob

    ReplyDelete
  3. @MsXyda TuLyza れおたいが
    tapi nak dijodohkan jugak

    @Prince of Noob
    ya.. mmg la awal.. tp skg kitorang da tua.. da layak berkahwin huhu

    ReplyDelete