Thursday 21 June 2012

Maafkan Aku

Percintaan bagiku adalah mengorbankan segalanya termasuk kebahagiaan sendiri demi orang yang tercinta tapi apakan daya aku cuma mampu mengorbankan apa yang aku mampu sahaja.

Aku tidak berharta sayang. Kalau aku mahu beri, pasti aku fikir banyak kali kerana aku mahu memilikkimu. Jika aku mengorbankan sesuatu tetapi aku tidak bisa memilikkimu pasti tidak berbaloi.

Lalu kau pun berkata, "jangan fikirkan apa yang akan terjadi akhirnya. Fikirkan cara untuk membahagiakan aku untuk waktu sekarang. Kesannya jika kau mengorbankan sesuatu tanpa berfikir adakah kau akan berjaya mendapatkan aku atau tidak, aku pasti akan menyesal jika aku memilih orang lain."

"Jika kau terlalu memikirkannya, kau yang akan menyesal akhirnya kerana tidak mengorbankan apa yang kau ada semasa kita bersama. Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat."





Sayang..

Maafkan aku kerana meninggi suara kepadamu sehingga kau menitiskan air mata.

Maafkan aku kerana melawan kata-katamu.

Maafkan aku kerana aku menghina-hina diri kamu.

Sedangkan kau bagi aku adalah insan paling sempurna. Tiada insan lain sehebatmu. Kasih sayang yang kau berikan itulah yang aku dambakan setiap masa.

Aku bagaikan terlalu terdesak untuk mendapatkanmu. Tapi aku malu dengan diri sendiri kerana aku tidak mampu untuk memenuhi semua permintaanmu. 

Terimalah aku kembali.

p/s love : Aku tidak tahu mengapa aku terlalu mencintai kau.



No comments:

Post a Comment