Wednesday, 3 October 2012

Berlagak


Hubungan kita dah tiga tahun lebih. Kau pun dah nak habis belajar. Aku tunggu lagi setahun setengah baru dapat habis belajar. Aku fikir aku tak nak sambung belajar. Sebab jurusan yang aku ambik ni bukannya aku minat langsung. Tapi nasib baiklah jurusan kita agak related sikit. Bolehlah kita pergi praktikal sama-sama. :)

Tapi semakin aku dah nak habis belajar, semakin banyak pulak hal yang aku buat. Hal memonteng jela. Sampaikan aku dah dapat surat amaran. Hihi!

Sebenarnya aku minat jurusan yang kekasih aku tengah belajar sekarang ni. Aku jelez sebab dia dapat belajar apa yang aku minat. Tiba-tiba je dia dapat tawaran tu. Kenapalah aku tak dapat 
langsung?


“Kalau kau jadi budak multimedia mesti kau berlagak punya”, dia kata.

“Eh, bukan semua budak multimedia semuanya berlagak ke?”, aku bergurau. Haha!

“Kau ambik engineer pun dah berlagak.”

Berlagak ke aku? Aku tak tahulah. Dia lagi nampak perangai aku. Jadi aku iye kan sajalah. Hehe!

p/s : Aku tak seronok bila dia sakit. Tapi aku seronok bila dapat tau hari ni hari Khamis. Esok kitorang boleh balik. Macam biasa, aku akan jemput dia. Kitorang akan balik sama-sama. Aku nak jaga dia sampai dia sihat, sampai dia tersenyum, selama-lamanya.

Heart 2 Heart Bukit Cerakah / Bukit Cahaya





Baca status member kat Twitter, dia tweet yang kekasih dia kejutkan dia pagi-pagi untuk dia bangun pergi kelas. Tapi aku kekasih aku kejutkan aku pagi-pagi gila ajak aku bersenam kat Bukit Cerakah, Shah Alam. Aku pergi kelas pun tak pernah nak bangun awal macam tu. Demi dia, aku punyalah excited untuk bangun pagi. Hehe. Mesti ada yang mengutuk sebab pergi kelas tak nak, jumpa dia nak aje.

Aku tunggu dia kat roundabout asrama tempat aku belajar. Cuma aku duduk jela kat dalam bilik sambil on call dengan dia sambil borak-borak, takut-takut dia terlelap sebab mengantuk masa driving. Mana taknya, kalau dah bangun terlalu awal lepas tu drive mungkin risiko untuk mengantuk adalah tinggi. (Yela tu!)

Bila dia sampai je, dia hon kat depan bilik aku. Aku pun mengintailah ikut tingkap.

“Cin nak tengok baby ikut tingkap jela”, aku punya perangai mengada-ngada dah sampai.

Tengok dia macam nak turun dari kereta aku cepat-cepat keluar dari bilik. Haha!

Sampai je kat Bukit Cerakah dia parking kereta dia. Tak ramai orang pun sebab hari Selasa kan. Semua orang tengah sibuk kerja dan sekolah bagai, kitorang je rajin sangat nak pergi bersenam. Haha!

“Dulu nama tempat ni Bukit Cerakah tapi sekarang dia dah tukar nama jadi Bukit Cahaya.”

“Kenapa pulak nak tukar?”, aku bertanya.

“Sebab nama Cerakah tu kan macam serakah. Nama dia tu macam mengajak orang buat maksiat.”

“Serakah?”

“Nafsu serakahlah”.

“Oh. Patutlah dia tukar ek. Biar ada nur (cahaya) sikit kat bukit tu.”

Kitorang pun masuk dalam kawasan tu. Kena bayar RM3 sekepala. Tapi kalau nak masuk Taman Bermusim (suka hati aku je nak bagi nama), kena bayar lagi RM3. Kitorang nak masuk so total adalah RM12 je. Orang tu kata lagipun sekarang Taman Bermusim tengah musim luruh.

Kitorang tak naklah naik bas kan. So kitorang lagi pilih untuk naik basikal. Kena sewa. Sejam pertama RM5. Jam seterusnya RM1 je. Start naik je jalan okey lagi. Bolehlah kayuh. Aku teringat pulak cerita Heart 2 Heart yang sepasang kekasih bawak basikal kat dalam hutan. Macam kitoranglah. Haha!




Tapi bila naik bukit kitorang terus surrender. Tak boleh nak kayuh langsung! Kitorang jalan kaki sambil bawak je basikal tu. Tapi bila nak turun bukit, wah kemain seronok lagi! Dialah yang kat depan. Padahal dia yang penat sangat sampai duduk kat tepi jalan. Alah, aku pun sama jugak. Haha!
Dia kata aku ni tak tahu nak penat. Aku ni jenis kuat dan banyak stamina. Esh, mana ada! Aku kalau naik tangga pun semput jugak apa. Bukan semputlah tapi mengahlah jugak sebab aku kan gadang. Haha!

Aku ada nampak kuda kat situ dua ekor. Dua-dua coklat tengah minum air. Yang sekor ada datang kat kitorang tapi aku tengok dia undur ke belakang aku pun follow jugak. Aku cuma takut perangai dia macam unta je, meludah sana sini. Tapi kuda tak kot?

Aku siap rakam lagi kuda tu minum. Haha!

Nampak burung dalam sangkar pun aku rakam padahal burung merpati je kot dengan ayam hutan. Tapi tak tahulah aku kalau dia dah update burung baru. Hehe!

Tak ramai orang kat sana. Rasa tempat tu macam kitorang punya je. Indahnya ketika aku bersama si dia.

Dia kata, “inilah cabaran. Cabarannya sama macam hubungan cinta kita. Cuma apa yang kita lalui hari ini hanyalah cabaran dari segi fizikal je. Mungkin kau dapat bertahan dari segi fizikal. Sebab kau kan kuat”.

Rupanya dia bawak aku kat Bukit Cahaya ni bersebab. Terima kasih sayang.

Tapi rupanya last sekali kitorang tak jadi nak masuk Taman Bermusim tu sebab tak cukup masa. Dia kena balik sebab nak hantar adik-adik dia pergi sekolah.

Tiket burn? Mungkinlah tidak sebab tiket tu takde tulis tarikh pun so kitorang bolehlah kot masuk lagi. Hehe!

Aku terlalu mencintaimu cinta!

p/s love : Sekarang dia tak berapa sihat. Mungkin dia terlalu penat sangat. Aku risau sangat. Semoga dia cepat sembuh sebab aku takut bila dia sakit. :’(

Saturday, 29 September 2012

Soft Skills

Hari ini hari kedua aku kat Terengganu. Takdelah aku rasa seronok sangat pun kat sini. Aku datang sini pun sebab Soft Skills. Maknanya aku kena paksalah. Bayar RM50 lagi. Kalau tak, tak dapatlah aku pergi praktikal semester depan sebab aku pasti gagal punya. Kiranya aku bayar RM50 sebab aku nak dapatkan 30 markah!

Kalau ikutkan hati aku tak nak pun pergi. Sebab si dia tak izinkan pun. Siap gaduh-gaduh lagi kitorang. Argh!! Aku dah lah sayang sangat kat dia!

Hati aku ni nak balik Shah Alam je. Pleaselah. Aku nak baliklah. Aku tak sukalah duduk sini. Bilik air pun kena kongsi-kongsi sampai beratur bagai.

Okeylah. Takde mood. Nak nangis.

"aku dah tak nak tahulah sebab kau" - si dia.

Thursday, 27 September 2012

Ingat Lagi Tak Sayang? #1

Sayang, ingat tak, masa kita berpisah dulu. Sebab dulu kau tak kasi aku sambung belajar. Yela, aku tahulah aku dapat sambung belajar pun sebab orang tengah offer kat aku. Lagipun, aku dapat jurusan yang aku tak minat, aku mengadu kat kau yang aku tak minat benda tu, lagilah kau tak izinkan aku sambung belajar kan.

Sebab kau pun tahu, aku nak sangat sambung belajar pasal kulinari. Agak kelakarlah jugak sebab aku dah lah tak pandai masak, tiba-tiba nak belajar pasal kulinari. What the ehemlah kan. Tapi aku nak jugak sebab kalau aku tak dapat mutimedia pun, at least kulinari pun okeylah.

Tapi malang sungguh, aku tak dapat langsung. Tawaran dari orang tengah pun aku dapat pasal kejuruteraan. Benda yang aku tak nak sangat!

Tapi aku tetap jugak sambung belajar sampailah kau putuskan aku. Sebab aku terlalu sedih, aku menghilangkan diri, tukar nombor telefon. Tapi dalam diam-diam, aku stalk kau. Haha. Malunya aku bila kau baca ni! XD



Aku buat Facebook aku stalk kau. XD

Lepas sebulan selepas kau berusaha berdoa kepada Allah, kau berjaya jumpa aku sebab kau masih sayangkan aku walaupun kau sudah ada ramaaaaiiii pengganti. Pengganti yang ramai-ramai tu kau sanggup tinggalkan untuk aku sorang :)

Sampai sekarang kita masih lagi bersama walaupun kita banyak bergaduh. Semuanya kerana perangai aku yang terlalu keras kepala =.=

Tapi kau tetap banyak bersabar :)

I love you cinta <3

Tuesday, 21 August 2012

blah ah

sudahlah
kau ingat aku percaya sangat ke kat kau?
kau kata nak jaga aku
tapi kau upload benda bodoh tu
kau nak kasi siapa tengok duh?
jangan harap aku nak bagi kau apa2
aku tak nak terima kau dah

anugerah utk kita

aku ini adalah kamu...
atas restu ALLAH ku ingin milikimu...
Selama ku masih bisa bernafas...
Selama ku masih bisa bertahan...
Selama masih ALLAH izinkan...
Ku ingin selalu menjaga mu...
sayang...aku harap hatimu xmudah mengalah untuk mempertahankan cinta ini...
Kalau pun aku xselayak dan sebaik itu...
Hati mu...jangan la rapuh dlam cinta ini...
benci mana pn kau terhadapku...
Jangan la berdendan dgn ku terlalu lame...
Aku xsanggup hidup atas bumi ini dgn rasa dibenci olehmu...
ya ALLAH ,apakah hati ku dan hati nya xkn penah bersatu...
Aku masih tidak dapat menerima hakikat kalau hati ini bkn utk dia...
Kalau rasa ku bkn rasa dia kau hilangkn la rasa ini supaya tiada hati yg terluka...
Jangan lah kau siksa hati ini dgn kesakitan cinta...
Janganlah hukum salah dan silap hamba dgn kesakitan cinta...
Sayang...walau pun hatimu bkn utk ku...........



Wednesday, 1 August 2012

Masa susah baru ingat ALLAH

aku jujur bila ada masalah baru aku sibuk nk cari sejadah,alquran,lagu nasyid sbb aku yakin dgn tu je jiwa manusia tenang...tp setelah tenang aku mudah lupa...
aku pergi mengejar cinta manusia sampai aku yang mati kelemasan dan menjadi bangkai busuk...
Aku sangat mencintai dia,tapi aku xleh biakn die pijak2 hati aku,aku xleh biakan dia suke2 hati nk lepas tgn dari betnggunjwb...memang aku pun ada salah nya tp bila aku bersalah aku akan hadapinya..kalo boleh trus besemuka jam2 tu gak aku grak utk selesaikan masalah...tp mslahnye die xcm uh...die suke melarikan diri kerana pengecot xdapat jawap soklan aku ...kat situ da boleh nmpk die bersalah..tp hati aku sering kali xpuas bile die wat cm uh...hati ini seolah2 maukan jawapan sebenar dan sakit bila di abaikan sebegitu...

sememangnya aku xsempurna dan xkan sempurna seperti lelaki len...aku hanya seorang yang mengharap kan orang yg mencintai aku bkn nya nk sebok mencari duit ke pe cm orang lain...kadang2 aku tefikir untuk berubah tp maseh lom dpt nk bubah pulak...bulan ramadhan pulak byk aku menanes kerana cinta manusia..aku rasa serba salah...

jiwa aku bagai kn remuk seperti kertas yang di runyuk menjadi sampah...aku pula seperti mayat yang mati dengan mata terbuka...bdan menggigil seperti orang tua yang ada penyakit pakinson tu..sume tu tejadi hanye bila dia wat hal ...xtau la camne nk kawal iman dan hati ini...aku maseh berharapkan ada cahaya di bulan ramadhan yang mulia ni...

haaa...kalau nk ceritakan kisah cinta memang xkn pernah habiskan...aku terfikir ini adalah balasan kerana tidak menghargai seseorang yang pernah menjaga aku ketika sakit dulu...kehadiran dia seperti mimpi malam yang indah..terlalu bentar(sekejap) untuk menikmatinya...sekarang pun aku maseh tetanya2 dia benar wujud atau x...ye gadis ini pernah wujud dalam idup aku...tp sekejap...disebabkn kekaseh aku ,aku lpaskn die...gadis ini xpernah merungut utk menjaga aku..
masa aku sedang tenat asthma dia yang mendukung,mengendong,memimpin aku ke mana je aku pegi...setelah kekaseh aku hadir semula dalam hidup aku..gadis ini telah aku lepaskan macam tu je..smpe die trus merintih dan merayu inginkn aku...sekarang aku rasa kosong...

aku mau kn kau sayang tapi kau buat aku rasa menyesal tinggalkan die sbb kau...kenapa buat aku macam ni sayang...sedangkan aku sesungguhnya xdapat lupakan kau setelah kau hilang dari hidup aku untuk beberapa bulan kemudian aku tetap mencari kau walau pun de gadis lain yang menjaga aku...tapi sekarang kau xhargai itu semua...aku menderita sayang..