Wednesday 3 October 2012

Berlagak


Hubungan kita dah tiga tahun lebih. Kau pun dah nak habis belajar. Aku tunggu lagi setahun setengah baru dapat habis belajar. Aku fikir aku tak nak sambung belajar. Sebab jurusan yang aku ambik ni bukannya aku minat langsung. Tapi nasib baiklah jurusan kita agak related sikit. Bolehlah kita pergi praktikal sama-sama. :)

Tapi semakin aku dah nak habis belajar, semakin banyak pulak hal yang aku buat. Hal memonteng jela. Sampaikan aku dah dapat surat amaran. Hihi!

Sebenarnya aku minat jurusan yang kekasih aku tengah belajar sekarang ni. Aku jelez sebab dia dapat belajar apa yang aku minat. Tiba-tiba je dia dapat tawaran tu. Kenapalah aku tak dapat 
langsung?


“Kalau kau jadi budak multimedia mesti kau berlagak punya”, dia kata.

“Eh, bukan semua budak multimedia semuanya berlagak ke?”, aku bergurau. Haha!

“Kau ambik engineer pun dah berlagak.”

Berlagak ke aku? Aku tak tahulah. Dia lagi nampak perangai aku. Jadi aku iye kan sajalah. Hehe!

p/s : Aku tak seronok bila dia sakit. Tapi aku seronok bila dapat tau hari ni hari Khamis. Esok kitorang boleh balik. Macam biasa, aku akan jemput dia. Kitorang akan balik sama-sama. Aku nak jaga dia sampai dia sihat, sampai dia tersenyum, selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment